Taman Aman terletak di mukim Anak Bukit, dalam bandar Alor Setar. Ia berada
di antara dua perkampungan iaitu Kampung Seberang Titi Keretapi dan Kampung
Seberang Chegar.
Manakala Anak Bukit ialah sebuah bandar diraja di Negeri Kedah, Malaysia
dan terletak di Kawasan Parlimen Kuala Kedah. Anak Bukit juga merupakan sebuah
mukim yang terletak di daerah Kota Setar. Anak Bukit terletak berhampiran
dengan Alor Merah dan Kepala Batas iaitu di Lebuhraya Darul Aman. Pekan ini terletak
7 km dari pusat bandar Alor Setar dan dihubungkan dengan Lebuhraya Darul Aman.
Anak Bukit juga merupakan kawasan baru bagi bangunan pentadbiran Negeri
Kedah, Jabatan Pendaftaran Negara, Makkamah Syariah baru dan lain-lain lagi.
Ia dikenali sebagai bandar diraja Kedah kerana kediaman rasmi Sultan iaitu
Istana Anak Bukit terletak di sini. Ia juga merupakan tempat kelahiran Sultan
Kedah yang ke-27, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
Pada Februari 2009, istana melalui satu pembaharuan RM70 juta sempena
sambutan ulang tahun ke-50 pemerintahan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim
Muadzam Shah, pada tahun 2008. Pembaharuan ini melibatkan pembinaan sebuah
bangunan baru yang menempatkan audien baru dan dewan makan yang boleh memuatkan
1400 orang pada satu-satu masa. Ia menggantikan audien yang sedia ada dan dewan
makan yang hanya boleh memuatkan kurang daripada 1,000 orang. Bangunan itu
telah siap pada Oktober 2007.
Di belakang istana terdapat satu aliran sungai yang dipanggil Sungai Anak
Bukit dan ia mengalir melalui Alor Setar dihubungkan dengan Sungai Kedah (Kedah
River) muara Kuala Kedah.
Terdapat juga zoo mini di tengah-tengah dan flora yang berwarna-warni di
taman-taman diraja. Pelawat dibenarkan masuk ke taman-taman diraja.
Baca Selanjutya